Kolonel Yang DiPertua

Kolonel Yang DiPertua adalah satu jawatan istiadat didalam sesebuah rejimen tentera. Ia biasa digunakan dalam beberapa tentera darat Komanwel, yang mana ia dipegang oleh penaung rejimen, biasanya anggota kerabat diraja. Jawatan ini dahulunya digunakan didalam tentera darat beberapa pemerintahan beraja Eropah. Kolonel Yang DiPertua hanya mempunyai peranan istiadat dalam rejimen mereka.

Tentera Darat Norway telah mengambil pendekatan yang lebih pelik untuk jawatan ini, iaitu dengan melantik seekor penguin Sir Nils Olav sebagai Kolonel Yang DiPertua.[1][2]

  1. ^ "Norwegian Consulate in Edinburgh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-01. Dicapai pada 2015-12-15.
  2. ^ "Military penguin becomes a 'Sir'". BBC News. 15 August 2008. Dicapai pada 13 September 2015.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy